Tuesday, July 28, 2015

Minggu Bahasa SMK Cedung Jaya

               Minggu Bahasa ini dirancang dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan matapelajaran bahasa kepada mereka dari segi akademik dan kehidupan seharian. Ia juga dapat memupuk minat membaca dan menanam tabiat cintakan buku. Program-program ini akan menyediakan pelajar-pelajar berbagai aktiviti kebahasaan untuk menambah ilmu, menyebarkan maklumat terkini, memberi prasarana bahasa yang baik disamping memberi keyakinan yang tinggi terutama dalam empat kemahiran utama berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

              Minggu Bahasa ini diadakan adalah kerana ia dirasakan penting untuk memberikan pelajar peluang melibatkan diri dalam aktiviti kebahasaan secara formal dan tidak formal dengan lebih seronok. Antara aktiviti yang dijalankan sempena Minggu Bahasa ialah :

1) Pertandingan Menulis Karangan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
2) Pertandingan Buku Skrap
3) Explorace

             Majlis pelancaran Minggu Bahasa telah dijalankan pada 27hb Julai 2015 (Isnin) di tapak perhimpunan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Puan Pengetua dan persembahan sketsa Bahasa Inggeris daripada pelajar-pelajar dari tingkatan 5 Venus. Sketsa Bahasa Inggeris tersebut bertemakan "The Importance of English"

Pelajar sedang melakukan persiapan terakhir sketsa Bahasa Inggeris.

Penerangan mengenai Minggu Bahasa daripada GKMP Bahasa, Puan Norsalawati.
Ucapan daripada Puan Pengetua.









No comments:

Post a Comment