Thursday, July 23, 2015

Program Berjalan Kaki 10000 Langkah

                      Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.
                   Pada 23hb Julai 2015 (Khamis), program Berjalan Kaki 10000 Langkah
telah dijalankan dengan jayanya dengan penglibatan pelajar seramai 350 orang pelajar dan 30 orang guru-guru dan kakitangan. Program ini telah mendapat sponsor daripada Dutch Lady dengan sumbangan sebanyak 500 kotak air susu untuk diagihkan kepada semua yang melibatkan diri. Program bermula pada sesi selepas persekolahan iaitu pada jam 2 petang dan tamat pada jam 5 petang. Program bermula dengan sesi berjalan kaki daripada sekolah menuju ke Arena Yam Muda Tengku Pahang. Semua yang terlibat dikehendaki untuk mendaftar dan mereka juga menerima sekotak air susu bersama nombor pendaftaran untuk acara cabutan bertuah. Sejurus selesai pendaftaran, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Puan Pengetua dan Pegawai Daerah Maran, Dato' Haji Syed Fuad b Syed Taha. Seterusnya, pelajar dikehendaki melakukan senarombik yang diketuai oleh beberapa orang tetamu jemputan. Selesai senamrobik, semua yang terlibat dengan program mula berjalan kaki mengelilingi tasik maran sebanyak tiga kali. Akhir sekali, sebagai penutupan program, acara cabutan bertuah telah dilaksanakan.


Pelajar berkumpul di kantin sebelum berjalan menuju ke Arena Yam Tuan Muda Tengku Pahang.












Keadaan di Arena Yam Tuan Tengku Pahang sebelum perasmian program.




Semua yang melibatkan diri sedang melakukan senamrobik















Aktiviti berjalan kaki bermula


















Selesai aktiviti berjalan kaki mengeliling tasik sebanyak tiga kali, pelajar merehatkan diri dengan meminum susu Dutch Lady.





Acara cabutan bertuah














No comments:

Post a Comment