Thursday, July 2, 2015

Tadarus Al-Quran


                 Bersempena meraikan kemuliaan bulan Ramadhan, guru-guru dan anak pelajar melaksanakan aktiviti tadarus Al-Quran pada setiap pagi selepas perhimpunan. Pelajar yang terpilih telah diberikan kumpulan dan juzuk yang perlu dibaca bersama seorang guru telah ditugaskan untuk berada dalam kumpulan yang ditetapkan. Anak pelajar yang lain juga berada didalam bulatan mengikut tingkatan masing-masing bagi mengalunkan surah-surah lazim yang diketuai oleh seorang guru didalam setiap kumpulan. 




Puan Rozita bersama anak pelajar. 

Puan Marina berada di dalam kumpulan pelajar lelaki tingkatan satu. 

Bacaan pelajar lelaki tingkatan lima sedang diperbetulkan oleh Encik Md Kilau.

Pelajar tingkatan empat sedang membaca surah-surah lazim Al-Quran. 

Encik Najib bersama kumpulan pelajar lelaki daripada tingkatan empat. 

Kumpulan pelajar tingkatan lima disamping Encik Fadzli. 

Pelajar tingkatan satu sedang mendengar bacaan daripada rakan mereka bersama Encik Ishak.

Ustazah Norhaida kelihatan sedang mendengar bacaan daripada pelajar perempuan dengan begitu teliti. 


Kumpulan anak pelajar perempuan. 

Kumpulan anak pelajar lelaki.



No comments:

Post a Comment