Wednesday, August 5, 2015

Program Transformasi Bilik Kesihatan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2015

               Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Setelah lebih dua tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiringan dengan perkembangan di dalam bidang teknologi dan komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru (transformasi) kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Sehubungan dengan itu, Bilik Kesihatan yang terdapat di sekolah-sekolah juga perlu mengalami transformasi supaya matlamat PBSS; untuk meningkatkan pengetahuan mengenal amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat dapat dicapai. 

                   Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya telah melibatkan diri dalam program ini bagi tujuan menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Oleh itu Bilik Kesihatan Sekolah mampu berperanan untuk mencapat tujuan tersebut di samping menjadi 'jantung' kepada PBSS. Pada tarikh 4 Ogos 2015, sekolah telah melaksanakan Program Transformasi Bilik Kesihatan yang bertempat di beberapa kawasan sekolah. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh instruktor jemputan daripada Pejabat Kesihatan.  Pelajar kemudian menuju  ke Dewan Seroja untuk mendengar ceramah Kesihatan daripada pihak Jabatan Kesihatan.









                                                             




























Penyampaian saguhati daripada penceramah-penceramah.


Bilik Kesihatan SMK Cedung Jaya









No comments:

Post a Comment