Wednesday, August 12, 2015

Gotong Royong Perdana 3

              Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) memberi peluang kepada mana-mana sekolah untuk merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Sesebuah sekolah yang 'ceria' dari pelbagai segi bukan sahaja sedap dipandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Justeru itu, pihak sekolah telah menjalankan aktiviti gotong royong perdana bagi mewujudkan iklim sekolah yang bersih, ceria, selesa, selamat dan kondusif.

             Pada hari Rabu, 12/8/2015, semua kakitangan sekolah termasuk anak-anak pelajar telah melibatkan diri dalam Program Gotong Royong Perdana 3 SMK CJ. Setiap guru dan kakitangan telah diberikan tugas bukan sahaja untuk membersih, malah untuk menceriakan sekitar kawasan sekolah dengan mengambil berat ciri-ciri keselamatan setiap warga SMK CJ. Program berjalan lancar dengan keikhlasan warga SMK CJ untuk menjayakannya.











































No comments:

Post a Comment