Tuesday, August 18, 2015

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2015

        Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan 2015 pada tahun ini. Sehubungan itu, pihak sekolah SMK Cedung Jaya turut menyambut seruan kerajaan dan merancang program dan aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi Hari Kebangsaan pada tahun ini yang bermula dari 17 Ogos hingga 17 September 2015. Program ini dirancang selari dengan Surat Perkeliling Iktisas KP(BS) 8591/Jld XV/(14)d. 4(19) bertarikh 10 Ogos 2000, Sambutan Hari Gemilang dan Aktiviti Berkaitan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Tahun 2015. Melalu kempen Pengibaran Jalur Gemilang ini diharapkan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.
      Pada hari Selasa, 18/8/2015, pihak sekolah telah mengadakan Program Pelancaran Hari Kebangsaan yang melibatkan guru-guru dan anak-anak pelajar. Pelancaran Hari Kebangsaan telah diadakan di dataran perhimpunan yang diisi dengan   nyanyian daripada pasukan choir sekolah, bacaan surah Al-Quran daripada pelajar, ucapan Puan Pengetua, Gimik Pelancaran, laungan Merdeka dan persembahan ringkas.














No comments:

Post a Comment