Friday, August 21, 2015

Penilaian 3K Peringkat Kebangsaan

               Pada 18/8/2015 (Selasa), sekolah telah menerima kehadiran tiga orang wakil bagi melaksanakan penilaian 3K Peringkat Kebangsaan. Penilaian tersebut telah dilakukan oleh Pegawai dari Jabatan Pelajaran Putrajaya, Puan Umi Kalthom, Encik Ismail dari Jabatan Pelajaran Terengganu dan Encik Mohd Imri dari Jabatan Pelajaran Selangor. Ketiga-tiga penilai hadir tepat pada jam 9 pagi dan disambut oleh pasukan "Choral Speaking" sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Pasukan ini telah dilatih khas oleh Cik Anna Beanice Xavier sebagai mengalu-alukan kedatangan wakil penilai 3K Peringkat Kebangsaan. Kemudian, ketiga-tiga penilai telah diiring oleh Puan Norhayati Mohamed, Puan Hazora dan Encik Khusaini menuju ke "War Room" bagi penyampaian taklimat daripada Puan Norhayati, selaku Pengetua SMK Cedung Jaya. Taklimat yang disampaikan adalah mengenai Program 3K di SMK Cedung Jaya. Sejurus selesai taklimat tersebut, semua yang terlibat diberi peluang untuk melihat tayangan video mengenai Program 3K SMK Cedung Jaya. Selepas selasai tayangan video, sesi soal jawab telah dilaksanakan diantara penilai dan pihak sekolah. Penilai telah dibawa untuk ke lokasi bagi menjalankan tugas memantau kemudian telah melakukan semakan fail-fail. Akhir sekali, semua yang terlibat dijemput untuk menjamu selera di kantin sekolah sebelum berangkat pulang. Diharapkan SMK Cedung Jaya mampu mencapai impian bagi memenangi Program 3K Peringkat Kebangsaan. 




















No comments:

Post a Comment