Thursday, July 9, 2015

Fair&Lovely Malaysia: Program Sekolah 2015 "Keyakinan Diri Menyerlah Impian Menjadi Nyata"

                Selain daripada berusaha dan tidak berputus asa, keyakinan merupakan salah satu faktor seseorang wanita itu mampu mencapai impian yang diinginkan. Keyakinan terdiri daripada dua bahagian, iaitu keyakinan dalaman dan keyakinan luaran. Keyakinan luaran mampu dicapai sekiranya seseorang itu menjaga penampilan luaran diri mereka, sebagai contoh menjaga kulit wajah dengan rapi dan memastikan diri sentiasa bersih. Ini sekaligus boleh memantapkan keyakinan seseorang terutama sekali bagi golongan wanita dan mewujudkan suasana yang ceria. Ini selari dengan salah satu konsep Program 3K iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Selain menitikberatkan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah, guru-guru dan pelajar juga harus sentiasa kelihatan ceria, bersemangat dan penuh keyakinan.

              Pada 9/7/2015 (Khamis), sekolah telah menerima kehadiran daripada Fair&Lovely Malaysia untuk Program Sekolah 2015: "Keyakinan Diri Menyerlah Impian Menjadi Nyata". Beberapa orang tetamu telah memberikan penerangan mengenai produk kecantikan Fair&Lovely dan perkaitan produk ini dengan keyakinan diri seseorang wanita. Hanya pelajar dan guru-guru wanita yang terlibat dalam program ini. Antara penerangan yang telah disampaikan ialah mengenai penyebab masalah kulit. Antaranya ialah: 

            1. Perubahan hormon
            2. Pemakanan dan diet
            3. Tekanan
            4. Bendasing dan kekotoran
            5. Cuaca
            6. Penjagaan kulit wajah yang tidak sempurna

           Program bermula dari jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi bertempat di Dewan Orkid, antara aktiviti yang dijalankan ialah pembentangan daripada tetamu jemputan, sesi menjawab soalan kuiz dan demonstrasi membersihkan wajah. Semua guru dan anak pelajar memberi kerjasama yang baik dan kelihatan begitu ceria dan bersemangat.

Tetamu sedang menunggu guru-guru dan anak pelajar di hadapan pintu masuk Dewan Orkid.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Pengetua Puan Norhayati.

Pelajar perempuan sedang mendengar penerangan daripada ahli Fair&Lovely Malaysia.

Salah seorang pelajar sedang menjawab soalan kuiz yang diajukan.

Tiga orang pelajar secara sukarela diajar melakukan demonstrasi membersihkan wajah.




Tiga pelajar menerima hadiah saguhati daripada pihak Fair&Lovely Malaysia diatas kerjasama.

Puan Amalina, Cik Farzana Arena, Puan Sarimah dan Puan Norhayati kelihatan begitu ceria.
Puan Pengetua bergambar bersama anak pelajar.

Cik Ashyniza bersama anak pelajar dari tingkatan dua.
Ustazah Siti Aesah diajak untuk bergambar bersama anak-anak murid SMK Cedung Jaya yang ceria.
Puan Sarimah dan anak-anak muridnya.

No comments:

Post a Comment