Friday, July 10, 2015

Majlis Motivasi dan Berbuka Puasa SMK Cedung Jaya

           Pada hari Khamis (9/7/2015), Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya telah mengadakan satu majlis motivasi dan berbuka puasa khas untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM 2015. Pelajar telah diarahkan untuk berkumpul di Masjid As-Syakirin, Maran pada jam 4.30 petang bagi menunaikan solat Asar secara berjemaah sebelum majlis motivasi dimulakan. Majlis motivasi tersebut telah diadakan di sebuah bilik khas (Bilik Akad Nikah) yang juga dijadikan bilik serbaguna di masjid tersebut. Majlis dimulakan pada jam 5.30 petang dengan kehadiran Puan Pengetua, guru-guru, penjaga dan anak pelajar. Penceramah yang dijemput ialah Puan Emas binti Sani yang merupakan guru kaunseling di SMK Sungai Isap Murni, Kuantan. Pihak sekolah berasa amat bertuah menerima seorang guru yang begitu berdedikasi untuk memberi kata-kata motivasi kepada anak pelajar SMK Cedung Jaya yang akan menduduki PT3 dan SPM 2015. 

                Selesai majlis motivasi, semua yang terlibat telah berkumpul untuk majlis berbuka puasa dan solat Isyak serta Terawih berjemaah.

Sebelum majlis motivasi bermula, anak pelajar berkumpul dan menunaikan solat Asar secara berjemaah dan mengadakan bacaan Yasin.



Puan Pengetua dan guru-guru sedang menunggu kehadiran semua anak pelajar sebelum majlis dimulakan.




Antara wajah calon PT3 dan SPM bersama beberapa penjaga dan guru-guru sedang mendengar ceramah motivasi daripada Puan Emas binti Sani.


Anak pelajar yang tampil kehadapan untuk menjawab soalan kuiz daripada penceramah.







Penyampaian hadiah penghargaan kepada Puan Emas binti Sani daripada Puan Norhayati.


Selesai majlis motivasi, guru-guru, penjaga dan anak pelajar berkumpul untuk majlis berbuka puasa.









Anak pelajar bergotong-royong membersihkan kawasan masjid sebelum bersurai.


 Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memeriahkan majlis motivasi dan berbuka puasa 2015 SMK Cedung Jaya.

No comments:

Post a Comment