Monday, July 13, 2015

Welcome to SMK Cedung Jaya, AFS Exchange Students, Lomme Vanderhoydonck and Catherine Basas

         Tanggal 13 haribulan Julai 2015 merupakan hari bersejarah untuk seluruh warga SMK Cedung Jaya dengan penerimaan dua orang pelajar daripada negara luar. Lomme Vanderhoydonk merupakan pelajar berumur 18 tahun dari Belgium dan Catherine Basas, juga berusia 18 tahun dari Filipina adalah pelajar dari program pertukaran pelajar AFS. Kedua pelajar ini kelihatan begitu bersemangat untuk menimba ilmu dalam mempelajari budaya, cara hidup dan bahasa Malaysia. 

       Puan Hazora merupakan keluarga angkat (host family) kepada Lomme manakala Puan Norsalawati pula merupakan keluarga angkat kepada Catherine. Mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik kedua anak pelajar ini. Lomme dan Catherine telah menerima sambutan yang sangat menggalakan daripada seluruh warga SMK Cedung Jaya. Kehadiran kedua pelajar antarabangsa ini diharapkan mampu untuk membantu memantapkan penggunaan bahasa Inggeris anak pelajar SMK Cedung Jaya.

Kehadiran Lomme dan Catherine diiringi oleh Encik Ishak, Encik Salahudin dan dua orang pengawas sekolah.








Sambutan dimulakan dengan persembahan tarian tradisional daripada pelajar. 


Puan Pengetua sedang berucap untuk mengalu-alukan kedatangan dua pelajar baru SMK Cedung Jaya.

 Cik Anna sedang memperkenalkan Lomme dan Catherine kepada seluruh warga Cedung

.
 Lomme dan Catherine diminta untuk memberikan sepatah dua kata sebagai tanda perkenalan. 


Lomme sedang beramah mesra bersama rakan sekelasnya (4 Venus)


Rakan sekelas Catherine (4 Uranus) sedang berkenalan dengan beliau.



Bergambar bersama rakan sekelas dan juga guru kelas.







No comments:

Post a Comment