NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )
1. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.”
(Surah al-Dukhan ayat 3).
(Surah al-Dukhan ayat 3).
2. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”
(Surah al-Qadr, ayat 1)
(Surah al-Qadr, ayat 1)
3. “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
Guru-guru dan pelajar SMK Cedung Jaya telah menyambut Nuzul Al-Quran pada 3/7/2015 (Jumaat) dengan mengadakan solat hajat, ceramah dari tetamu jemputan, tayangan video dan kutipan derma Gaza di Dewan Orkid. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Rostam b Ishak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampun Awah.
Pelajar sedang berkumpul sebelum menunaikan solat sunat hajat. |
Puan Shahrani bersama anak pelajar. |
Ustaz Rostam sedang memberikan menerangkan mengenai Nuzul Al-Quran. |
Penyerahan hadiah penghargaan kepada Ustaz Rostam daripada Puan Pengetua. |
Ustaz Hamdan menerangkan kepada pelajar mengenai keadaan yang sedang berlaku di Gaza sebelum mengutip derma. |
Para pelajar sedang menonton video mengenai keadaan yang sedang berlaku di bumi Palestin.
No comments:
Post a Comment