Monday, July 6, 2015

Menyelami Keindahan Herbarium Ibn Haitham





Belimbing Tanah  - Juga dikenali sebagai janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak
Khasiat - Dapat menurunkan tekanan darah.


Belalai Gajah - Sabah Snake Grass
Khasiat - Membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.


Cekur - Dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia.
Khasiat popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan


Pegaga Air - Nama lain ialah Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buadok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu Cola (India).
Khasiat Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.


Pandan wangi (atau biasa disebut pandan saja) adalah jenis tumbuhan monokotil dari famili Pandanaceae yang memiliki daun beraroma wangi yang khas.

Kegunaan Digunakan sebagai sumber warna hijau bagi makanan.


Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.
Khasiat Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata.


Cili Padi - Cili padi, cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis tumbuhan dari  keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Khasiat - Bersifat anti-bakteria, anti-karsinogenik, analgesik, anti-diabetis, mengurankan tahap kolestrol, antioksida dan mempunyai pelbagai manfaat vitamin dan mineral.





No comments:

Post a Comment