Galeri Sains Ibn Haitham yang terletak di tingkat dua bangunan sekolah merupakan sudut sains yang menyediakan kemudahan ilmu untuk pelajar memahami dan meneliti pengetahuan sains dengan lebih mendalam dan menyeronokkan. Galeri ini diberi nama Ibn Haitham untuk dijadikan panduan dan idola kepada pelajar mengenai sumbangan beliau terhadap sains. Sumbangan utama Ibn Haitham dalam sains ialah mengenai Teori Hukum Pembiasan (Fenomena Atmosfera), Teori Penglihatan (Optik), Cermin Kanta Cekung dan Kanta Cembung dan Teori Biasan Cahaya.
Guru Penyelaras bagi Galeri Sains Ibn Haitham ialah Puan Nurziana bt Yusof.
No comments:
Post a Comment