Thursday, June 25, 2015

Seminar Syoknya S.T.U.D.Y 2015

                Pada tarikh 24 Jun 2015 (Rabu), pihak sekolah telah mengadakan sebuah seminar motivasi dan strategi  belajar berkesan yang bertempat di Dewan Seroja SMK Cedung Jaya. Seminar tersebut telah berjalan dari jam 7.30 pagi sehingga 2 petang. Sasaran untuk seminar ini ialah semua pelajar SMK Cedung Jaya. Program ini telah dikendalikan oleh Jazim Motivation Group (JMG) Consultant Malaysia. Setiap pelajar disarankan untuk memberi sumbangan sebanyak RM10.00  bagi menampung sebahagian daripada kos bayaran penceramah.

             Jazim Motivation Group (JMG) Consultant Malaysia  merupakan syarikat pemberi khidmat motivasi yang dimiliki oleh Ustaz Mohd Fadly b Samin. Perisian utama motivasi ini ialah berkenaan dengan cara belajar yang bijak dan berkesan. Untuk berjaya dengan cemerlang, setiap pelajar perlu mempraktikkan lima elemen asas. Pertama, pelajar perlu ada motivasi diri bagi mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai, matlamat pelajar perlulah jelas. Kedua, membentuk strategi bagi mencapai matlamat tersebut. Seterusnya, setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk menguasai sesuatu subjek. Keempat, pelajar perlu tahu kepentingan disiplin kerana ianya merupakan teras kepada kejayaan dan elemen terakhir ialah setiap pelajar perlu wajib menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.











       

No comments:

Post a Comment