Thursday, October 26, 2017

PROGRAM BINA INSAN SMKCJ

                                                     SOLAT ZOHOR BERJEMAAH







GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU





TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN

Tadarus Al-Quran bertujuan untuk pembudayaan Al-Quran dalam kehidupan, melazimi membaca Al-Quran serta mampu membaca Al-Quran mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini bertempat di surau As-Sajidin. Melibatkan 24 orang guru dan 164 orang murid. Program ini diwujudkan bagi mengimarahkan kehadiran Bulan Ramadhan dan diadakan selepas solat Zohor berjemaah.





PROGRAM TALAQQI MUSYAFAHAH SURAH SURAH PILIHAN

Bacaan surah-surah pilihan iaitu Ar-Rahman, Al-Mulk dan Al-Waqiah. Objektif program ini ialah melatih murid membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian di samping murid mampu membaca Al-Quran dengan betul, bertajwid, fasih dan lancar.








MAJLIS PERKONGSIAN ILMU DAN IFTAR RAMADHAN

 Sempena  bulan Ramadhan, SMK Cedung Jaya telah mengadakan Program Perkongsian Ilmu dan Iftar Ramadhan. Program tersebut dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan di samping dapat merapatkan ukhuwah antara warga sekolah dan ibu bapa serta guru-guru SMK Cedung Jaya. Tanggal 16 Jun 2017, pihak sekolah telah mengadakan program tersebut yang bertempat di Surau 
As-Sajiddin, SMK Cedung Jaya. Masa program ini bermula jam 5:30 petang sehingga 9:30 malam. Seorang penceramah jemputan telah dijemput iaitu Al Fadhil Ustaz Awis Alqarni dan menyampaikan ceramah yang bertajuk “peranan ibu bapa dan pelajar dalam mencapai kecemerlangan”.

Pendaftaran pelajar, ibu bapa dan tetamu yang hadir

 









MAJLIS RESTU ILMU PT3 DAN SPM SMKCJ 2017

SMK Cedung Jaya telah mengadakan Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2017. Majlis tersebut dilaksanakan setelah guru dan pelajar sama-sama berusaha dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sudah tiba masanya pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan. Restu dan doa daripada ibu bapa amat penting untuk kejayaan anak-anak. Restu ilmu daripada guru-guru juga amat bermakna untuk memastikan keberkatan ilmu yang dipelajari dan memberi ketenangan kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang dan jayanya. Pihak sekolah telah mengadakan program tersebut yang bertempat di Surau As-Sajiddin, SMK Cedung Jaya. Masa program ini bermula jam 7:30 pagi  sehingga 11:00 pagi. Seorang penceramah jemputan telah dijemput iaitu Al Fadil Imam Muda Nuri Ali bin Arbain bagi menyampaikan tazkirah sempena Awal Muharam.






PROJEK BASMI BUTA AL-QURAN

Program Basmi Buta Al-Quran ini bertujuan untuk mendedahkan dan membudayakan murid dengan bacaan ayat suci Al-Quran dalam kehidupan. Selain itu, bertujuan untuk menggalakkan murid menguasai Al-Quran ke arah yang lebih baik di samping mampu membantu murid membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid. Program ini telah berlangsung dari bulan Mei hingga Oktober 2017. Seramai 9 orang guru yang bertindak menjadi fasilitator dan 41 orang murid. Pelaksanaan program bermula apabila guru Pendidikan Islam menguji bacaan murid secara individu. Seterusnya, membentuk 5 kumpulan bersama satu orang guru pembimbing. Pelaksanaan bacaan Iqra semasa waktu ganti.


Penyertaan melibatkan empat orang guru
 Pendidikan Islam serta 5 orang guru akademik










PROGRAM JALINAN LUAR BERSAMA ACHEH










Gotong royong bersama warga maran
lokasi Taman Tasik Maran, Surau kg.Seri Keramat