Monday, June 29, 2015

Majlis Pertukaran Puan Amy Azreena bt Amy

               

               Setelah setahun berkhidmat di SMK Cedung Jaya, Puan Amy Azreena bt Amy telah ditawarkan perkhidmatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh. Dengan itu, pihak sekolah telah melancarkan satu majlis pertukaran Puan Amy pada hari terakhir beliau di sekolah ini iaitu 26 Jun 2015 (Jumaat). Puan Amy telah menyumbangkan jasa beliau di sekolah ini terutama dalam mengajar subjek Perdagangan dan Bahasa Inggeris. Semua pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Amy Azreena dan semoga beliau terus ikhlas dalan membimbing anak bangsa!



Thursday, June 25, 2015

Seminar Syoknya S.T.U.D.Y 2015

                Pada tarikh 24 Jun 2015 (Rabu), pihak sekolah telah mengadakan sebuah seminar motivasi dan strategi  belajar berkesan yang bertempat di Dewan Seroja SMK Cedung Jaya. Seminar tersebut telah berjalan dari jam 7.30 pagi sehingga 2 petang. Sasaran untuk seminar ini ialah semua pelajar SMK Cedung Jaya. Program ini telah dikendalikan oleh Jazim Motivation Group (JMG) Consultant Malaysia. Setiap pelajar disarankan untuk memberi sumbangan sebanyak RM10.00  bagi menampung sebahagian daripada kos bayaran penceramah.

             Jazim Motivation Group (JMG) Consultant Malaysia  merupakan syarikat pemberi khidmat motivasi yang dimiliki oleh Ustaz Mohd Fadly b Samin. Perisian utama motivasi ini ialah berkenaan dengan cara belajar yang bijak dan berkesan. Untuk berjaya dengan cemerlang, setiap pelajar perlu mempraktikkan lima elemen asas. Pertama, pelajar perlu ada motivasi diri bagi mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai, matlamat pelajar perlulah jelas. Kedua, membentuk strategi bagi mencapai matlamat tersebut. Seterusnya, setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk menguasai sesuatu subjek. Keempat, pelajar perlu tahu kepentingan disiplin kerana ianya merupakan teras kepada kejayaan dan elemen terakhir ialah setiap pelajar perlu wajib menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.











       

Wednesday, June 24, 2015

Tips Menghadapi Peperiksaan



SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis subjek
2. Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
3. Bina dan jawab soalan daripada nota
4. Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;
- format soalan (objektif & esei)
- masa yang ditetapkan
- bilangan soalan yang harus dijawab
- markah yang diberikan pada setiap soalan
5. Jumpa dan berbincang dengan cikgu bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti (secara berdepan atau melalui sms atau facebook)
6. Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
7. Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
8. Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan subjek tepat
9. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.
10. Pastikan anda solat hajat pada malam peperiksaan.

HARI PEPERIKSAAN
1. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
2. Salam, cium tangan ibu bapa dan minta mereka doakan anda.
3. Datang awal ke dewan peperiksaan
4. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
5. Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
6. Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
7. Banyakkan berzikir.

SEMASA PEPERIKSAAN
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
3. Baca setiap soalan dengan teliti.
4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
- masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
- bilangan soalan yang perlu dijawab
- markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
7. Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat biasa. 

8. Jika ada kesilapan menulis jawapan, potong sahaja jawapan itu menggunakan pen.

9. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar supaya anda tidak panik.
10. Gunakan ejaan yang betul, bukannya 'ejaan sms'.
11. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
12. Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
13. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
14. Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
2. Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
3. Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
4. Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
5. 
TERUSKAN BERSOLAT HAJAT SEHINGGA KELUAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Allah Maha Kaya, mintalah bantuan daripadaNya.

Pautan: http://cikgunaida.blogspot.com/

Pertandingan Mural Mufors 2015



Monday, June 22, 2015

Keceriaan Persekitaran Sekolah

             Bagi menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah, pihak sekolah amat menitikberatkan keceriaan kawasan persekitaran sekolah. Setiap warga SMK Cedung Jaya telah melibatkan diri dalam menjayakan suasana yang ceria di dalam sekolah diantaranya dengan mengadakan aktiviti gotong-royong seperti memastikan kawasan sekitar sekolah bebas sampah, melukis dan mengecat dinding sekolah, membina kolam, penanaman pokok-pokok dan sebagainya. Berikut ialah koleksi gambar-gambar hasil titik peluh setiap warga sekolah untuk menceriakan sekolah. (Sila klik gambar untuk pembesaran)

Ketekunan setiap warga SMK Cedung Jaya dapat dilihat melalui aktiviti membersihkan kawasan sekolah.





















Suasana sekolah yang ceria dengan kewujudan Anjung Bestari, kolam dan kebun kecil.


















Mural di dinding bangunan sekolah dapat menarik minat pelajar untuk ke sekolah kerana wajah sekolah yang menarik dan cantik. 










Friday, June 19, 2015

Pelancaran Program Ihya Ramadhan 1436H/2015M

       


       Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia, Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya telah mengadakan sebuah program yang dinamakan sebagai Program Ihya Ramadhan 1436H/2015M yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Pada tanggal 19 Jun 2015 bersamaan 2 Ramadhan 1436H, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti pelancaran program tersebut. Masa pelancaran bermula dari jam 7.40 hingga 10.20 pagi yang bertempat di Surau SMK Cedung Jaya. Pelancaran telah dilakukan oleh tetamu jemputan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahizme bin Ab Rashid.Imam 2, Masjid As-Syakirin Maran.

1. Pendahuluan
      Setiap umat Islam menyambut bulan Ramadhan dengan melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-         ibadah lain untuk menghidupkan bulan tersebut. Justeru itu, Unit Bina Insan SMK Cedung Jaya           turut merancang beberapa program untuk "Ihya Ramadhan" pada tahun ini.

2. Objektif

  •        Memupuk ketakwaan dan mengukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T.
  •        Menghayati ibadah puasa dengan memperbanyakkan ibadah sunat.
  •        Menggalakkan pelajar bersedekah/infak di bulan Ramadhan.

3. Butiran Aktiviti

     Tarikh          :1 - 28 Ramadhan 1436H (18 Jun - 15 Julai 2015)
     Masa           :Sepanjang bulan Ramadhan
     Tempat        :SMK Cedung Jaya
     Sasaran       :Semua pelajar, guru dan kakitangan


4. Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi                        : Pn. Norhayati bt Mohamed
Naib Pengerusi               : En. Khusaini b M. Yusoff (GPK HEM)
                                        : Pn. Hazora bt Ismail (GPK Ko-Kurikulum)
Setiausaha                       : Ustazah Rokidah bt Abd Jalil
AJK                  
Dokumentasi dan Imam : Ustaz Hamdan b Muda
Fotografi                        : Pn Rozita bt Mohd Yuneh
Brosur                            : Ustazah Norhaida bt Abu Bakar
Siaraya                           : En. Md Kilau b Bakar
                                       : En Mohd Roshri b Zali
Disiplin dan Pengawasan Pelajar:
                                       : En. Mohd Najib b Samat
                                       : En. Mohd Fadzli b Mustafa
                                       : Ustazah Siti Aesah bt Hasbullah
                                       : Pn. Sabi bt Desa
                                       : Pn. Nor Amalina Hani bt Jamaluddin
                                       : Semua guru
Cenderamata Penceramah: Datin Sh. Norraiham bt Sy Ager
Pengacara Majlis           : Guru Bertugas Mingguan

5. Penutup

Semoga program Ihya Ramadhan yang dirancang ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk melahirkan pelajar muslim dan mukmin. 

Thursday, June 18, 2015

Malam Awal Ramadhan


Ramadhan Kareem

Umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah. Ramadan merupakan bulan mulia dalam Islam. Di bulan ini, semua umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan hati yang ikhlas demi mengejar kesejahteraan dunia dan akhirat. Dalam kesempatan ini, seluruh warga SMK Cedung ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam.




Wednesday, June 17, 2015

Program 3K SMK Cedung Jaya




Antara faktor-faktor yang terlibat dalam Program 3K ialah keselamatan, kesihatan dan kebersihan sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung, Maran merupakan salah sebuah sekolah di seluruh Malaysia yang melaksanakan Program 3K. Program 3K membantu dalam membentuk sifat sayangkan sekolah dalam jiwa pelajar-pelajar kerana perlaksanaanya yang menyeluruh. Seluruh warga SMK Cedung Jaya telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Pandangan pertama terhadap sesebuah sekolah adalah keindahan sekeliling sekolah tersebut. Selari dengan matlamat utama program ini, untuk membentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul, sekolah juga dijadikan sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang selamat, program ini juga memetingkan persekitaran yang bersih dan sihat. (Klik gambar untuk pembesaran)

                                                                 
                                                     SEKITAR KAWASAN SEKOLAH 

                       


 SMKCJ















Ruang Perhimpunan
Pejabat
Pejabat
Pejabat
Ruang Mesyuarat
Pejabat Guru Matapelajaran
Pejabat Guru Matapelajaran
Perpustakaan


Perpustakaan
Kantin



Kantin
Bilik Kaunseling

Bilik Kaunseling
Bilik Kesihatan

Bilik Kesihatan

Dewan Peperiksaan

Makmal Sains

Makmal Sains





War Room

Ruang Astaka